Contact Us
Let's talk
Address
Great Eastern, 6F 2nd Floor Bangunan Persatuan Hin Ann, Jalan Air Jernih, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu
Contact
Tel 017-3113109
Frequently Asked
Daripada segi istilahnya, Takaful adalah sama dengan insurans. Bezanya Takaful adalah patuh syariah (Islamik), tidak sama dengan insurans konvensional.
Jika disentuh dalam aspek proses tuntutan pula, insurans konvensional tiada sistem hibah untuk mereka yang beragama Islam. Maka proses pembahagian harta akan melalui proses faraid, merujuk kepada Amanahraya & seterusnya. Proses ini akan memakan masa yang panjang. Paling cepat 6 bulan, paling lama mungkin 6 tahun.
Berbeza dengan proses tuntutan takaful, ada sistem hibah. Maka proses tuntutan akan terus kepada pemilik polisi atau penama hibah. Tidak melalui proses faraid.
Situasi ini bergantung kepada jenis kemalangan dan rawatan yang anda terima. Sekiranya ada anggota yang patah dan dimasukkan besi, maka anggota yang dimasukkan besi tidak akan dilindungi takaful. Akan tetapi anggota yang lain masih boleh mendapat perlindungan takaful.
Walaubagaimanapun, untuk kes seperti ini, kebiasaannya anda perlu ambil Laporan Perubatan (Medical report) dari hospital yang anda pernah menerima rawatan, untuk diserahkan ke pejabat takaful bagi tujuan pengesahan dan proses pendaftaran.
Selain itu, anda perlu rujuk kepada ejen anda untuk penjelasan yang lebih terperinci.
Anda boleh ambil banyak polisi, dengan syarat bukan kad perubatan semata-mata (Medical card). Jika anda ambil banyak polisi, maka pampasan anda akan dapat adalah jumlah semua polisi yang anda ambil.
Sebagai contoh, jika anda ada ambil 4 polisi berbeza dengan pampasan kematian sebanyak RM50,000 setiap satu, maka anda akan mendapat pampasan sebanyak RM200,000 sekiranya anda meninggal dunia.
Walaubagaimanapun, anda perlu pastikan kesemua polisi memberi pampasan untuk kematian semulajadi, bukan hanya kematian kemalangan sahaja.
Waiver ialah manfaat bayaran bulanan peserta, di mana bayaran bulanan akan diteruskan oleh syarikat. Sekiranya peserta mengalami musibah selain kematian, bayaran akan tetap diteruskan tanpa perlu dibayar oleh pesakit.
Situasi waiver ini hanya aktif sekiranya peserta disahkan mengalami penyakit kritikal. Maka pesakit akan terus mendapat manfaat kematian atau cacat kekal selama dia sakit walaupun peserta sudah tidak membuat bayaran setiap bulan. Untuk mengetahui lebih jelas tentang manfaat waiver, anda boleh rujuk ejen takaful anda.